"Argghhh ! Malasnya nak balik; lepas ni nak start belajar dah tp hati dan jiwa ni tak sedia lagi"
Haha. Biasa kita dengar, kan? Rakan-rakan kita berkata seperti itu, mungkin juga kita. Namun, hidup tidak selalunya mudah, kehidupan dan perjuangan perlulah diteruskan, kita perlu kembali bergerak setelah cuti yg agak lama.
Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yg mempunyai semangat yg berkobar-kobar; yg tak sabar memulakan kehidupan di cfs kembali. Bagi yg mempunyai masalah untuk memulihkan semangat untuk kembali ke cfs, mari ikuti tips-tips yg bakal dikongsi di bawah. Semoga tips-tips ini bermanfaat.
Pertama____ Semak jadual pembelajaran, kerja dan sebagainya. Teliti dan susun jadual anda.
Kedua____ Rancang pergerakan anda ketika di cfs, sediakan target dan strategi untuk mencapai kejayaan yg cemerlang dalam pembelajaran ataupun apa-apa saja yg anda ceburi. Perancangan yg baik adalah amat penting; org yg gagal merancang sama seperti merancang untuk gagal.
Ketiga____ Mulakan sem anda dengan hasil kerja yg terbaik. Permulaan yg baik akan mempengaruhi seluruh hasil kerja anda sepanjang sem. Apa-apa tugasan, mulakan yg mudah dahulu supaya gerak kerja anda menjadi lebih cekap. Namun, deadline sesuatu tugas perlu diambil berat.
Keempat____ Sebagai seorang pelajar, anda seharusnya tidak membazir masa. Setiap detik adalah amat berharga. Apabila belajar, mengulangkaji dan menyiapkan kerja khursus, anda harus fokus. Bergeraklah secara 'offline'; tiada facebook, twitter, begitu juga dengan sembang kosong.
Kelima____ Bangunkan rasa bersemangat. Anda boleh memulakan hari-hari anda dengan perkara yg mungkin memberikan semangat kepada anda. Mungkin menelefon ibubapa, mendengar muzik atau mengambil sarapan yg menyegarkan. Apa yg penting anda bersemangat utuk meneruskan perjuangan pada hari tersebut.
Keenam____ Relakskan diri anda setelah berjaya lakukan sesuatu yg memuaskan dan raikannya. Namun, bukanlah secara berlebihan. Anda juga perlu berazam untuk melakukan hari esok lebih baik dari pencapaian hari ini; ambil kira keperluan esok.
Dan
Ketujuh____ Sebagai seorang muslim, sumber kekuatan anda semestinya pada doa. Letakkan keyakinan anda pada-Nya. Usaha, doa dan tawakkal adalah kunci utama kejayaan. Doalah agar segala urusan dalam apa sahaja usaha dan tujuan anda menjadi mudah dan mendapat keberkatannya.
No comments:
Post a Comment