Saturday, January 4, 2014

Semangatlah, Wahai Diri !



"Argghhh ! Malasnya nak balik; lepas ni nak start belajar dah tp hati dan jiwa ni tak sedia lagi"

Haha. Biasa kita dengar, kan? Rakan-rakan kita berkata seperti itu, mungkin juga kita. Namun, hidup tidak selalunya mudah, kehidupan dan perjuangan perlulah diteruskan, kita perlu kembali bergerak setelah cuti yg agak lama.

    Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yg mempunyai semangat yg berkobar-kobar; yg tak sabar memulakan kehidupan di cfs kembali. Bagi yg mempunyai masalah untuk memulihkan semangat untuk kembali ke cfs, mari ikuti tips-tips yg bakal dikongsi di bawah. Semoga tips-tips ini bermanfaat.





Pertama____ Semak jadual pembelajaran, kerja dan sebagainya. Teliti dan susun jadual anda.

Kedua____ Rancang pergerakan anda ketika di cfs, sediakan target dan strategi untuk mencapai kejayaan yg cemerlang dalam pembelajaran ataupun apa-apa saja yg anda ceburi. Perancangan yg baik adalah amat penting; org yg gagal merancang sama seperti merancang untuk gagal.

Ketiga____ Mulakan sem anda dengan hasil kerja yg terbaik. Permulaan yg baik akan mempengaruhi seluruh hasil kerja anda sepanjang sem. Apa-apa tugasan, mulakan yg mudah dahulu supaya gerak kerja anda menjadi lebih cekap. Namun, deadline sesuatu tugas perlu diambil berat.

Keempat____ Sebagai seorang pelajar, anda seharusnya tidak membazir masa. Setiap detik adalah amat berharga. Apabila belajar, mengulangkaji dan menyiapkan kerja khursus, anda harus fokus. Bergeraklah secara 'offline'; tiada facebook, twitter, begitu juga dengan sembang kosong.

Kelima____ Bangunkan rasa bersemangat. Anda boleh memulakan hari-hari anda dengan perkara yg mungkin memberikan semangat kepada anda. Mungkin menelefon ibubapa, mendengar muzik atau mengambil sarapan yg menyegarkan. Apa yg penting anda bersemangat utuk meneruskan perjuangan pada hari tersebut.

Keenam____ Relakskan diri anda setelah berjaya lakukan sesuatu yg memuaskan dan raikannya. Namun, bukanlah secara berlebihan. Anda juga perlu berazam untuk melakukan hari esok lebih baik dari pencapaian hari ini; ambil kira keperluan esok.

Dan

Ketujuh____ Sebagai seorang muslim, sumber kekuatan anda semestinya pada doa. Letakkan keyakinan anda pada-Nya. Usaha, doa dan tawakkal adalah kunci utama kejayaan. Doalah agar segala urusan dalam apa sahaja usaha dan tujuan anda menjadi mudah dan mendapat keberkatannya.
















Thursday, January 2, 2014

Membaca Al-Quran tanpa Menutup Aurat; Apa Hukumnya?

       
Salam alaik ukhti semua~.

    Entri kali nih mungkin sgt berguna untuk kite semua; terutamanya sebagai seorang muslimah solehah yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah dari semasa ke semasa; sudah tentunya melalui ibadah wajib mahupun sunat.

    Sebenarnya saya terdorong nak berkongsi mengenai "Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup aurat" ini kerana tertanya-tanya dalam diri saya bagaimana saya ingin menjadi seorang hamba Allah yg sentiasa meluangkan masa dgn membaca ayat-ayat cinta-Nya. Adakah benar setiap kali kita ingin membuka Al-Quran kita perlu menutup aurat? Bagaimana pendapat anda?




    Ternyata Islam itu mudah lagi memudahkan. SubhanAllah. Saya bertanya, saya cari dan saya jumpa ! Jawapan bagi persoalan ini sememangnya bertentangan dengan apa yg saya amalkan dan fahami sebelum ini. Jawapannya adalah tidak haram membuka aurat kepada kitab termasuk Al-Quran. Ini adalah kerana aurat kita hanyalah kepada manusia; tiada aurat dengan binatang, tiada aurat dengan tumbuhan, juga tiada aurat dengan Malaikat. Lepas ni, mudahlah kita nak menghabiskan masa dengan ayat suci Al-Quran; mungkin bole h jadi hafizah pula lepas ni. Sedar tak bagaimana pon keadaan kita, Islam sentiasa memudahkan; lebih-lebih lagi, pada zaman moden ni phone kita pon dah boleh Install Quran. Jadi, tiada lagi masalah dengan wudu'. (Lebih baik berwudu').

    Namun, kita perlu beringat bahawa kita masih ada batasan aurat dengan diri sendiri; iaitu dari atas pusat ke bawah lutut. Perkara ini kebanyakan daripada kita tak ambil endah. Pahadal, penting untuk kita tahu dan ambil kesah demi kesejahteraan hidup kita kerana Malaikat malu untuk mendampingi manusia yg mendedahkan auratnya. Malah, syaitan dan jin pula yg akan menggantikan tempat malaikat tersebut.

    Beberapa dalil yang boleh menguatkan keyakinan kita menyenai batasan aurat dengan diri sendiri ini:

     Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud). 

 Baginda SAW juga ada menyebut  “Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”.

Rasulullah SAW mandi bersama isterinya Aisyah RA dengan memakai kain basahan. Aisyah RA berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW.”

Rasulullah SAW sendiri menyebut “Ghufronaka” (Aku meminta keampunanmu) setelah keluar dari tandas, mungkin Baginda SAW memohon ampun kerana terpaksa membuka auratnya ketika hendak qada hajat atau membuang air.




Sekian. WAllahhua'lam. 

#Perkongsian mesra dari MRC ZC~
#Salam Mawaddah Sakinah Warahmah~  =)


































Monday, December 30, 2013

Itulah Iman



  
Ibarat sebuah pohon, iman itu memiliki cabang-cabang. Dalam salah satu hadis, Rasulullah saw bersabda: “Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'La ilaha illallah' (tauhid), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang iman." [HR. Bukhari, Muslim]


Diantara yang boleh kita fahami dari hadis tersebut adalah, bahawasanya cabang-cabang iman itu sangat banyak.  Perkara lain yang boleh kita fahami dari hadis di atas adalah, bahwa cabang-cabang iman itu bertingkat-tingkat. Ada yang tinggi dan ada yang rendah.


Imam Al-Baihaqi, salah seorang yang masyhur; mengemukakan 77 cabang iman. Ambil masa sebentar untuk mempertimbangkan yang mana anda perlu top-up dalam diri anda; adakah sudah cukup. Atau masih banyak yang perlu ditambah dalam diri anda. Mari kita lihat apakah ketujuh puluh tujuh cabang tersebut.


1.    Iman kepada Allah.
2.    Iman kepada para Rasul.
3.    Iman kepada para Malaikat.
4.    Iman kepada kitab-kitab.
5.    Iman bahwa qada' dan qadar.
6.    Iman kepada Hari Akhirat.
7.    Iman kepada Hari Kebangkitan selepas mati
8.    Iman kepada Hari Manusia dikumpulkan sesudah mereka dibangkitkan dari kubur
9.    Iman bahwa tempat kembalinya mukmin adalah Surga, dan bahwa tempat kembali orang kafir adalah Neraka
10.  Iman kepada wajibnya mencintai Allah
11.  Iman kepada wajibnya takut kepada Allah
12.  Iman kepada wajibnya berharap kepada Allah
13.  Iman kepada wajibnya tawakkal kepada Allah
14.  Iman kepada wajibnya mencintai Nabi saw
15.  Iman kepada wajibnya mengagungkan dan memuliakan Nabi.
16.  Cinta kepada din, sehingga lebih suka terbebas dari Neraka daripada kafir
17.  Menuntut ilmu, yakni ilmu syar’i
18.  Menyebarkan ilmu, berdasarkan firman Allah : “Agar engkau menjelaskannya kepada manusia dan tidak menyembunyikannya”
19.  Mengagungkan Al-Qur’an, dengan cara mempelajari dan mengajarkannya, menjaga hukum-hukumnya, mengetahui halal haramnya, memuliakan para hafiz, serta takut pada ancaman-ancamannya
20.  Thaharah (kebersihan)
21.  Solat lima waktu
22.  Zakat
23.  Puasa
24.  I’tikaf
25.  Haji
26.  Jihad
27.  Menyusun kekuatan fii sabilillah
28.  Berani berhadapan dengan musuh, tidak lari dari medan peperangan
29.  Menunaikan khumus
30.  Membebaskan budak dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah
31.  Menunaikan kaffarah wajib : kaffarah pembunuhan, kaffarah zhihar, kaffarah sumpah, kaffarah bersetubuh di bulan Ramadhan ; demikian pula fidyah
32.  Menepati akad
33.  Mensyukuri nikmat Allah
34.  Menjaga lisan
35.  Menunaikan amanah
36.  Tidak melakukan pembunuhan dan kejahatan terhadap jiwa manusia
37.  Menjaga kemaluan dan kehormatan diri 
38.  Menjaga diri dari mengambil harta orang lain secara batil
39.  Menjauhi makanan dan minuman yang haram, serta bersikap wara’ dalam masalah tersebut
40.  Menjauhi pakaian dan perhiasan yang diharamkan oleh Allah
41.  Menjauhi perkara yang sia-sia; bertentangan dengan syariat Islam
42.  Sederhana dalam kehidupan (nafkah) dan menjauhi harta yang tidak halal
43.  Tidak benci, iri hati, dan dengki
44.  Tidak menyakiti atau mengganggu orang lain
45.  Ikhlas dalam beramal semata-mata kerana Allah , dan tidak riya’
46.  Suka melakukan kebaikan, benci melakukan keburukan
47.  Segera bertaubat apabila melakukan dosa
48.  Korban :  aidil adha, aqiqah
49.  Mentaati ulul amri (pemimpin)
50.  Berpegang teguh pada jamaah
51.  Menghukum manusia dengan adil
52.  Amar ma’ruf nahi munkar
53.  Tolong-menolong dalam kebaikan dan taqwa
54.  Malu
55.  Berbakti kepada kedua orang tua
56.  Menjalinkan silaturahim
57.  Berakhlaq mulia
58.  Berlaku ihsan kepada kanak-kanak
59.  Pekerja yang menunaikan kewajipannya terhadap majikan
60.  Menunaikan kewajiban terhadap anak dan isteri
61.  Mendekatkan diri kepada ahli din, mencintai mereka, dan menyebarkan salam di antara mereka
62.  Menjawab salam
63.  Mengunjungi orang yang sakit
64.  Mengerjakan solat jenazah untuk yang beragama Islam
65.  Mendoakan orang yang bersin
66.  Menjauhkan diri dari orang-orang kafir dan para fasiddin, serta bersikap tegas terhadap mereka
67.  Memuliakan jiran
68.  Memuliakan tetamu
69.  Menutupi aib (dosa) orang lain
70.  Sabar terhadap musibah dan kesenangan
71.  Zuhud dan kurangkan angan-angan
72.  Ghirah dan Kelemahlembutan
73.  Berpaling daripada perkara yang sia-sia
74.  Melakukan yang terbaik
75.  Menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua
76.  Mendamaikan yang persengketaan
77.  Mencintai sesuatu untuk saudaranya sebagaimana ia juga mencintainya untuk dirinya sendiri, dan membenci sesuatu untuk saudaranya sebagaimana ia juga membencinya untuk dirinya sendiri


Sumber: 77 cabang iman.
Ditulis oleh Abdur Rosyid 

      

Saturday, November 23, 2013

Kuasai BI~

10 cara mudah kuasai bahasa inggeris. Saja nak share. Moga bermanfaat.

1.Update Status Guna Bahasa Inggeris
Masa update status kat facebook, guna la bahasa inggeris sikit-sikit..bukan nak berlagak tapi cara ni membantu korang untuk mengarang ayat dalam bahasa inggeris secara spontan.

2. Cakap Depan Cermin 
Duduk depan cermin dalam bilik cakap la bahasa inggeris sorang-sorang..bukan beerti korang meroyan atau buang tabiat tapi ni dapat melatih untuk berkomunikasi di hadapan orang lain. Nanti takde la tersasul nak sebut..hehehe

3. Tulis Vocab
Ambil kertas dan tulis tajuk yang korang pilih sendiri. Contoh : "things i like about my boyfriend". Tulis seberapa banyak vocab yang berkaitan dengan tajuk yang korang pilih tu. Contoh : My boyfriend ---------> 1. handsome 2. sensitive.............

4. Baca Surat Khabar Bahasa Inggeris
Rajin-rajin la baca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti the star atau majalah seperti reader's digest..kalau ada ayat yang tak faham, boleh rujuk kamus. 

5. Selalu Guna Kamus

Kalau korang malas nak bukak kamus yang tebal tu, install je dekat handphone korang lagi senang. Jumpa je perkataan yang tak faham terus boleh check makna dan hafal.

6. Buat Buku Khas Tulis Vocab
Setiap kali korang jumpa perkataan yang tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan dalam buku khas . Tulis perkataan dengan maksud sekali dengan contoh ayat. Sebab kalau korang tahu makna pun tak tahu contoh ayat susah jugak. 

7. Belajar Grammar Budak Sekolah Rendah  
Speaking tanpa guna grammar yang betul boleh tunggang langgang ayat. Kalau korang takde basic grammar lagi aku suggest cari buku grammar budak sekolah rendah sebab mudah faham. Kalau ada orang tanya nape baca buku budak sekolah rendah cakap la “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka confident..kekeke 

8. Selalu Tengok Movie Omputeh  
Kalau korang suka tengok movie omputeh, ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Sambil tengok movie tu korang pun boleh belajar cara nak sebut perkataan dengan betul. 

9. Tengok Oh My English!  
Cerita ni pun memang tunjukkan pelajar-pelajar kita kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh.

10. Cuba Buat Entri Dalam Bahasa Inggeris
Cuba la buat satu dua entri dalam bahasa inggeris. Jangan fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak baca. Kalau entri korang tulis tu menarik, konpem ada orang akan baca jugak. Buat ayat sendiri dalam bahasa inggeris, no copy paste ye. Kalau ada yang silap, jangan malu, bukannya jumpa face to face pun..maybe ada orang lain yang sudi betulkan yang salah.

Saturday, November 2, 2013

Lets Do Better In Semester 2 xD

            Awal Muharam is coming soon, the same date as the day of registration for semester-2. 1st Muharam is also known as maal hijrah, right? Did you know what I think? I expect, your step for this time to cfs would be just like a hijrah to a better life compared to your life in previous semester; you should study better, you must leave behind all your mistakes that you ever did. Be a new person and be someone better. I remember a quote; it sounds "The person that you have to be better than is the person you're yesterday." It's short but meaningful, isn't?

          Now, I would like to share some sunnat practices during Muharam...

1. Fasting during the month
The Holy Prophet e has said:
أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله المحرم
The best fasts after the fasts of Ramadan are those of the month of Muharram.
Although the fasts of the month of Muharram are not obligatory, yet, the one who fasts in these days out of his own will and choice is entitled to a great reward by Allah Almighty. The Hadith cited above signifies that the fasts of the month of Muharram are most rewardable ones among the Nafl fasts i.e. the fasts one observes out of his own choice without being obligato­ry on him.
The hadith does not mean that the award prom­ised for fasts of Muharram can be achieved only by fasting for the whole month. On the contrary, each fast during this month has merit. Therefore, one should avail of this opportunity as much as he can.

2. The day of 'Ashurah'
Although the month of Muharram is a sanctified month as a whole, yet, the 10th day of Muharram is the most sacred among all its days. The day is Named Ashurah'.
According to the Holy companion Ibn 'Abbas t. The Holy Prophet e , when migrated to Madinah, found that the Jews of Madinah used to fast on the 10th day of Muharram. They said that it was the day on which the Holy Prophet Musa (Moses) u and his followers crossed the Red Sea miraculous­ly and the Pharaoh was drowned in its water. On hearing this from the Jews, the Holy Prophet e said, "We are more closely related to Musa than you" and directed the Muslims to fast on the day of 'Ashura'. (Abu Dawood)
It is also reported in a number of authentic tradi­tions that in the beginning, fasting on the day of 'Ahura' was obligatory for the Muslims. It was later that the fasts of Ramadan were made obligatory and the fast on the day of 'Ashura' was made optional. Sayyidah 'A'ishah  رضي الله عنها has said:
فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض رمضان كان هو الفريضة وترك عاشوراء، من شاء صامه ومن شاء تركه ([1])
When the Holy Prophet e came to Madinah, he fasted on the day of 'Ashura' and directed the people to fast it. But when the fasts of Ramadan were made obligatory, the obligation of fasting was confined to Ramadan and the obligatory nature of the fast of 'Ashura' was abandoned, One can fast on this day, if he so wills, or can avoid fasting, if he so wills.
However, the Holy Prophet e used to fast on the day of 'Ashura' even after the fasting in Ramadan was made obligatory. Abdullah ibn Mas'ud t reports that the Holy Prophet e preferred the fast of 'Ashura' to the fast of other days and preferred the fast of Ram­adan to the fast of 'Ashura'. (Bukhari and Muslim)
In short, it is established through a number of au­thentic ahadith that fasting on the day of 'Ashura' is Sunnah of the Holy Prophet e and makes one entitled to a great reward.
According to another hadith, it is more advisable that the fast of Ashura should either be prefixed or suffixed by another fast. It means that one should fast two days: the 9th and 10th of Muharram or the 10th and llth of it. The reason of this additional fast as mentioned by the Holy Prophet e is that the Jews used to fast on the day of 'Ashura alone, and the Holy Prophet e wanted to distinguish the Islamic-way of fasting from that of Jews. Therefore, he advised the Muslims to add another fast to that of Ashura'.
Some traditions signify another feature of the day of 'Ashura, According to these traditions one should be more generous to his family by providing more food to them on this day as compared to other days. These traditions are not very authentic according to the science of hadith. Yet, some Scholars like Baihaqi and Ibn Hibban have accepted them as reliable.

3.Recite 70 times of  'حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر'  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...