Sunday, December 30, 2012

C.U.T.I

C.U.T.I =


:: Cuba Untuk Terus Istiqamah


:: Cekal Untuk Tarbiah Iman


:: Cinta Untuk Tetap Islam



Mukmihan-mukminah yang dikasihi sekalian ingatlah! dalam kehidupan kita ini, setiap ciptaan yang ade sekeliling mahupun jauh di sisi kita... semuanya milik dan hak mutlak Allah S.W.T tetapi satu sahaja yang Allah beri kepada kita. Makhluk ciptaanNya iaitu pilihan. Nak mesej ajnabi atau tidak, nak tidur lewat atau tidak, nak mengumpt atau tidak dan macam macam lagi.
tidak mustahil boleh berlaku, tapi hampir mustahil akan berlaku! fikirkanlah.. dan ingatlah juga firman AllahS.W.T yang bermaksud:
"maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan". (surah al-insyirah 94:5)
ayat ini jelas memberitahu kita bahawa setiap perkara yang berlaku itu ade baik dan ada buruknya. dalam gelak tawa ada muram durjana, dalam kegembiraan ada kesedihan, dalam suka ade juga benci.. firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:".......boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik untuk kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi mu.
allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah al-baqarah 2:216).
jelaslah disini bahawa tidak semestinya benda yang kita suka buat itu, Allah suka dan tidak semestinya perkara yang kita malas dan tidak suka melakukannya itu adalah disukai dan mendapat redha Ilahi. Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud:
"mereka menjawab, 'Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (surah Al-Baqarah 2:32)
C.U.T.I. Marilah kita berusaha untuk terus melakukan kebaikan dan mengekalkannya sepanjang cuti setelah kita berusaha sepenuhnya dalam alam pembelajaran.
Mukminah yang disayangi sekalian, jadikanlah kata-kata ini sebagai pegangan. Sematkanlah di dalam hati. Gemakanlah ia di dalam jiwa.Gegarkanlah ia di hati.. Jadikanlah cuti ini sebagai batu loncatan, penaik semangat dan juga sebagai senjata jihad yang besar iaitu jihad nafsu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...