Thursday, January 2, 2014

Membaca Al-Quran tanpa Menutup Aurat; Apa Hukumnya?

       
Salam alaik ukhti semua~.

    Entri kali nih mungkin sgt berguna untuk kite semua; terutamanya sebagai seorang muslimah solehah yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah dari semasa ke semasa; sudah tentunya melalui ibadah wajib mahupun sunat.

    Sebenarnya saya terdorong nak berkongsi mengenai "Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup aurat" ini kerana tertanya-tanya dalam diri saya bagaimana saya ingin menjadi seorang hamba Allah yg sentiasa meluangkan masa dgn membaca ayat-ayat cinta-Nya. Adakah benar setiap kali kita ingin membuka Al-Quran kita perlu menutup aurat? Bagaimana pendapat anda?




    Ternyata Islam itu mudah lagi memudahkan. SubhanAllah. Saya bertanya, saya cari dan saya jumpa ! Jawapan bagi persoalan ini sememangnya bertentangan dengan apa yg saya amalkan dan fahami sebelum ini. Jawapannya adalah tidak haram membuka aurat kepada kitab termasuk Al-Quran. Ini adalah kerana aurat kita hanyalah kepada manusia; tiada aurat dengan binatang, tiada aurat dengan tumbuhan, juga tiada aurat dengan Malaikat. Lepas ni, mudahlah kita nak menghabiskan masa dengan ayat suci Al-Quran; mungkin bole h jadi hafizah pula lepas ni. Sedar tak bagaimana pon keadaan kita, Islam sentiasa memudahkan; lebih-lebih lagi, pada zaman moden ni phone kita pon dah boleh Install Quran. Jadi, tiada lagi masalah dengan wudu'. (Lebih baik berwudu').

    Namun, kita perlu beringat bahawa kita masih ada batasan aurat dengan diri sendiri; iaitu dari atas pusat ke bawah lutut. Perkara ini kebanyakan daripada kita tak ambil endah. Pahadal, penting untuk kita tahu dan ambil kesah demi kesejahteraan hidup kita kerana Malaikat malu untuk mendampingi manusia yg mendedahkan auratnya. Malah, syaitan dan jin pula yg akan menggantikan tempat malaikat tersebut.

    Beberapa dalil yang boleh menguatkan keyakinan kita menyenai batasan aurat dengan diri sendiri ini:

     Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud). 

 Baginda SAW juga ada menyebut  “Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”.

Rasulullah SAW mandi bersama isterinya Aisyah RA dengan memakai kain basahan. Aisyah RA berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW.”

Rasulullah SAW sendiri menyebut “Ghufronaka” (Aku meminta keampunanmu) setelah keluar dari tandas, mungkin Baginda SAW memohon ampun kerana terpaksa membuka auratnya ketika hendak qada hajat atau membuang air.




Sekian. WAllahhua'lam. 

#Perkongsian mesra dari MRC ZC~
#Salam Mawaddah Sakinah Warahmah~  =)


































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...